
Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang
Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.
Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.
Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa, Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia, Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu…
T_T …..
indahnya garapan kata – kata….
tersentuh….
Cinta itu datang dr Allah..hati2 ini Allah juga yg tentukan..
berdoalah selalu mdapat cinta yg baik n ikhlas,tidak ddasari dgn hawa nafsu semata..
jgn derita krn cinta krn cinta itu bahagia..so jagalah hati org yang mencintai kita dgn sebaik-baiknya..amaran tulus ikhlas dr Man_auxiliary..
Sekiranya cinta kamu tidak bersatu dengannya, jangan sesekali melukai perasaannya dengan kata-kata yang kasar, kenangilah saat-saat indah percintaan yang pernah dilalui kerana `tidak semua percintaan berakhir dengan perkahwinan’ itulah ketentuan takdir walaupun ianya pahit sebagai hambaNya harus kita terima dengan penuh keredhaan dan kesabaran…
Cinta adalah penghormatan kita kepada orang yang menjadi pasangan kita dengan menjaga perkataan,perbuatan dan niat
^_^&^_^ buat tm2n gw cari cinta sejati….?
and inggatlah selalu pd allah
agr kita slalu di lindunginya….?
bagaimana mahu menawan kembali hati bekas teman lelaki