
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh ‘menjerat’ kamu. Siapa tahukan!
Faktor 2 – Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh ‘mengawal’ dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.
Faktor 3 – Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.
Faktor 4 – Kejujuran
Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.
Faktor 5 – Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.
Faktor 6 – Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.
Faktor 7 – Simpati
Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.
Faktor 8 – Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!
Faktor 9 – Perbezaan pendapat
Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.
Faktor 10 – Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.
Faktor 11 – Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.
Faktor 12 – Tulus dan jujur
Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh ‘menangkap’ adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.
Faktor 13 – Tak selalu didampingi
Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.
Faktor 14 – Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.
Faktor 15 – Persamaan
Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.
Faktor 16 – Tak saling menyalahkan
Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan ‘bergegar’ jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.
Faktor 17 – Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.
Faktor 18 – Penghargaan
Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm… hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.
Faktor 19 – Bukan materialistik
Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu ‘pokai’ dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.
Faktor 20 – Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan? Apa perancangan kamu agaknya ye?
aku udah pernah pacaran n hampir menikah, namun kemudian harapan itu hancur saat ketidak percayaan muncul karena ketidak jujuran, jarak yang jauh sungguh membuat halangan menjadi sebenar-benar penghalang bagi niat suci ini. inipun menyadarkan aku bahwa manusia hanya punya rencana, namun Allah S.W.T lah yang punya hak untuk memberi keputusan pada niat ini, dalam sholat aku berusaha memaknai apa yang terjadi dan bersyukur pada Allah,krn masih diberikan petunjuk – Nya, Thanks GOD..
Allah memberikan jodoh untuk setiap umatnya
Mungkin sekarang bukan saatnya bagiku untuk mencintai yang tak halal (pria) bagiku.
Aku akan terus menanti karna Allah selalu memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-hambanya.
kenalin aku program arryanto putra. aku masih muda, umurku masih 16 tahun. aku dah ngalamin yang namanya pacaran. sampai sekarang kita masih hubungan. pasangan ku namanya yayang eka prianti. umurnya 17 tahun. 7 bulan lebih tua dari aku. aku cuma mau minta saran dan komen. gimana ngejalani cinta dengan orang yang lebih tua dari kita?
menurutku tentang cinta itu memang tak bisa di pungkiri dan di sembunyikan dalam hati serta perlu adanya saling percaya dan saling mengerti satu sama lain.
cinta adalah bagaimana mengerti, mempercayai, jika saling pengertian dan keterbukaan melembari hubungan niscaya hubungan cinta itu akan langgeng, tapi kita sebagai manusia hanya dapat berusaha, yang menentukan adalah Ida Sang Hyang Widhi Wasa (Tuhan Yang Maha Esa)
ya kalau 16 tahun, tanggungjawab mu mencari ilmu
membina diri, jiwa dan materi. kamu harus matang kerna dlm
hubungan itu ada banyak persoalan dan keputusan harus kamu pilih. jika salah kesemua impian dr cinta itu bakalan hilang. cinta bukan sekadar kata-kata. menjalin hubungan cinta itu butuh uang dan kematangan.. kalau kamu sudah mencapai kedua ini, jgnkan 7 bulan lebih tua dr kamu. Tante2 aja bisa naksir ama kamu.. jgn kau alir keringat dan masa muda kamu dlm hal sia-sia.. bangun dan berjuang sbg seorang laki-laki.
cinta adalah kesabaran antara 2 manusia yang menginginkannya!aku emang g baca novel ini tapi aku udah nonton ko!aku terkesan banget sama kesabaran c aisya!dan setelah nonton aku jadi yakin kalo jodoh itu emang udah ditentuin sama alloh.oh ya karakter fachri yang bener2 kriteria aku banget kalo aja ada co yang kaya gt mau bgt donk!!!aku pengen donk kenal sama pengarang novel ayat2 cinta ini bls yach ke email aku!!!
cinta adalah anugerah dari Tuhan Yang Maha Esa, yang harus kita jaga kesuciannya, jadi apakah kita sudah mantap apa tidak dengan pasangan kita sekarang??
Dalam islam tidak mengenal pacaran, tapi menikah baru pacaran, dan itu pun kita tidak bisa langsung melihat wanita tersebut, kita mengenal dengan kata “taaruf” OH iya sudah nonton ayat-ayat cinta blm??
serum loch!!!!!!!
he,he,
ko jd ngelantur ya,,,,
ya udh opick cma bisa segitu…
aku berpacran 2 thn lamanya dengan evi. apapun yang tidak seharusnya dilakukan pernah aku, walapun tidak separah itu.aku menangis bila mengenang dia dan apa yabg pernah kita lakukan. dia meninggalkan aku dengan alasan dijodohKAN SAMA ORTU.kok masih ada ortu kayak gitu ya, ini bukan zaman Siti Nurbaya lagi. kenapa harta dan kekayaan bisa merubah cinta yang tulus ini.
untuk saat ini aku masih sayang and cinta ma Evi. walaupun aku tidak bisa mendapatkan lagi.
Allah Bukakan pintu hati dia
Allah bukalah pintu maap hambahmu ini
Allah aku masih sayang dia
cinta x mengenal usia…
[...] .: KEPERCAYAAN CINTA ? :. [...]
Hi…..nmaq Like.Aku prnh membca sebuah perenungan.Yang di dlmnya mengatakan:”Kamu bisa mendapatkan teman dlm wktu 2 bulan dengan cara bersngguh2&tertarik dngn pribadinya,daripada kmu mendapatkan teman dlm wkt 2 thn&yg bisa kmu lakukan saat itu membuatnya tertarik dngn pribadimu.”
Aku setuju bngt dngn hal itu.Karna q sendiri udah membuktikannya!
Menurutku bia sudah saling mencintai secara otomatis berarti kita sudah terima ia apa adanya,pengalamanku berhubungan dengan pasangan yang jauh lebih muda dariku 4 tahun dan di dalam perjalanan berhubungan dia tidak bisa menerimanya karena perbedaan usia so aku ikhas dan sabar menerima dan melepaskannya karena aku yakin dengan begitu aku akan mendapat yang lebih baik lagi amin Ya Rabb…
kata-kata cinta perlu di ucapkan pada pasangan dengan keiklasan dan ketulusan hati……
teruskan mengarang Ayat-ayat cinta disini, agar ia boleh memberi nasihat serta panduan pada pasangan yang bercinta atau ingin memahai apa itu cinta……….
salam…
i was so impressed with your posted blog. banyak yang dapat aku pelajari dari blog kamu. aku telah menyalin beberapa hasil blog kamu ke dlm blog aku. but i’ve been acknowledge your web address in every copies. semoga sesiapa yg membaca blog aku akan melayari blog kamu dan mereka dapat mempelajari sesuatu seperti mana yg aku dapat.
setiap kata yg terluah mengenalkan siapa kita sebenarnya.. dan setiap kata-kata cinta yg trluah dripada ke dua pasangan kekasih akan menunjukkan kejujuran dan kepercayaan dalam percintaan…….:)
aku hidup kerna cinta,kalau bukan cinta.aku telah melukai diri.kerna aku mencintai hidupku.kerna cinta ,aku menerima dgn rela hati perpisahan yang terjadi sekalipun menyakitkan diseruluh jiwaku.kerna cinta,aku teguhkan diri.kerna cinta aku bersinar seperti bintang.sekalipun cinta ku tak terbalas.namun,aku pasti Tuhan melihat ketulusan hatiku.Tuhan jaminan hidupku….
Kepercayaan dalam sesuatu perhubungan sangat penting…. tanpa kepercayaan, mana mungkin boleh meneruskan perhubungan yang di anggap suci dan murni.
bagi ku cinta itu kpercayaan..kpercayaan itu cinta..cinta sejati berti kita harus menpercayai pasangan tanpa ada rasa ragu..menpercayai bukan berti kita akan menperbodohkan diri sendiri semata-mata hendak menjaga hati pasangan kita..kita boleh tuk menegur atau bersuara..tpi berhati2 jgn sampai tersingung persaan pasangan kita..bila kita mejaga hatinya bermakna kita ingin melihat..ingin buat pasangan kita happy..kita mahukan pasangan kita selalu tersemyum manis..bahagianya hdup bila ada perasaan saling bertimbang rasa…
aku terlalu mencintainya…hakikatnya aku xmanpu untuk meneruskan hari2ku tanpanya disisi…dia semangatku..
wlau q mncntainya………….. blm tntu bsa memilikinya…………… tp keinginan dhti………….. mga jd knyataan……………….
assalamualaikum,,sy rsa rsa cinta2 bleh dtg dhti sesiapa pown.cma bgaimner cranyer untuk kta mnyatakan rsa cnta kta itu dan bgaimner cra utk mgwal perasan itu shjer yg berbeza.bagi sya,cnta itu adlh sebahagian drpda rahmat yg ALLAH brikan agr kta sling melengkapi dan sling mempercayai antra stu sma laen.jd knper msti ade manusia yg berebutkn cnta,walau pda kenyataan nyer setiap manusia itu dicipta berpsng-pasangn.terutma kpda golongan remja,igtlh bhwa semua manusia itu,tlah dcipta berpasang-psngan seperti ADAM DAN HAWA,YUSUF DAN ZULAIKHA…
salam..sye prnh b’cinta waktu2 skolah dlu..percintaan kami bermula dgn p’gaduhan..tiap2 hari kami pasti akn b’gaduh..smpaikan cikgu yg mengajar kami waktu itu pin pelik knp kami tdk boleh berbaik..benarkah org kata org yang slalu b’gaduh itu satu hai pasti akn menjadi pasangan yg sgt akrab..mgkin btul dan mgkn tdk..slpas beberapa bln kami menjadi rapat dan bercinta..kami sgguh bhgie..aku syg sgt ngn die n merasakan dialah pilihan yng plg tpt utkku..tapi hubungan kami x lme..tdk smpai pun stahun hubungan kami menjadi retak..sebabnye????pengkhianatan..aku menerima mcj dr nombornya sendri..die t’slh anta..bila aku b’tnye mcj itu untu siapa??..tp apa yang dijwbnya adlah “td abg gne fon mgkn die nk bg kat awek die tp slh anta”..hmm..tdk lme slps kejadian itu aku mintk putus drinya..walaupun aku tdk sggup utk b’pisah dgnnya tp sakit hatiku tdk dpt t’tanggung lagi..waluapun sudah lbh stahun aku b’pisah dgnnya aku masih tdk dp t melupaknny..skrang kami hnya menjadi kawan..aku menjadi tmpt die meluahkn perasaan..slps kami b’pisah die kapel ngn org lain dan putus disebabkn hal yang prnh dibuatnya padaku dlu..ttp bkn die yg khianat..malh gf die slah anta mcj utk lelaki lain pd die..mgkin itu lumrah kehidupan allah itu maha adil..
hai..
sy anis..
sy ada masalah tentang hati dan perasaan sy..
sy dilukai..
sy ditinggalkan
sy terpaksa
sy mengalah
sy terlalu tidak bermakna baginya
hati ini amat sakit
tetapi ALLAH adalah teman
umi adalah penasihat
hanya itu yg beri semangat padaku
sehingga kini..
harap u all dapat bantu sy..
kalau sudi sy mahu berkongsi bersama sesiapa yg ikhlas mendengar..
assalamualaikum…….saya rasa cinta sejati hanya wujud apabila kita telah berkahwin…tapi remaja sekarang ramai yang couple!!apakah dia xtahu yang couple itu haram dalam islam????pelik kan manusia…….mungkin mereka tidak mempunyai pengetahuan dalam islam kot……..igatlah kawan-kawan,cinta akan hadir bila sampai waktunya tapi bukan di alam persekolahan……di alam persekolahan hanya “cinta monyet” iaitu hasutan syaitan semata-mata untuk menyesatkan kita ke lembah maksiat……..
cinta memang indah, lebih indah lagi,,, kalo ape yang kita rancang… semuanya sama dgn tentuan allah…
cinta mang butuh bgt slg pengertian N kejujuran….
bhrs byk berisaha,ihktian N berusaha krn ALLAH telah memeberika umat manusia berpasang2an
LOVE IS CRAZY!!!!!!!!!!!!
aku khlgan cinta d sebabkan kepercayan
yg aku bagi kepada’y
cinta??ape yg ada pd cinta manusia???hnya mgecewakn jer…cint2 nie xmain lar..study first..huhu
C.I.N.T.A…
Hadirmu dgn tnpa wjah
Coraknya indah dijiwa insan
Membuihkan rndu di hujung resah.
C.I.N.T.A…
Kau mewrnai 7 rasa
Sayang,rindu,cemburu,marah@manja, tawa, senyum & tangis
Bagai garisan 7 warna pelangi di dadamu
Bahagia adalah kerabat kesetiaan
Curang adalah punca perpisahan.
C.I.N.T.A…
Misterimu sukar di mengertikan
Mengapa dalam marah masih ada sayang?
Mengapa dalam benci masih ada rindu?
catatn anda tntng cinta bgs